Tuesday, 6 June 2017

SURI RUMAH TANGGA

[info din]

Isteri : Abang, saya nak kerja!”

Suami : “Tak payah, lah. Awak dok rumah jer. Isteri tu di rumah tempatnya :)”

Isteri : “..tu, jiran kita, dia kerja!”

suami :“Hehe …, dia itu guru, sayaang. Dia di perlukan ramai orang. Yang perlukan awak tak ramai. Hanya Abang dan anak kita. Di rumah jer, ya.”

Isteri :  “..tu…, jiran kita yang sorang lagi, yang sekarang dah pindah kampung sebelah, saya tengok dia kerja. Bukan guru. Tidak diperlukan ramai orang pun...”

sSuami :“Nanti, tunggu Abang meninggal dunia.”

Isteri : "Ada-ada ajer abang ni?”

Suami :“Dia tu janda, sayaaaang. Suaminya meninggal satu setengah bulan yang lalu. Makanya dia kerja.”

Isteri : “Tapi komitmen kita makin banyak, Bang”

Suami : “Kan Abang masih kerja, Abang masih sehat, aku masih kuat. Akan Abang usahakan, InsyaAllah.”

Isteri : “Iya, saya tahu. Tapi pendapatan Abang untuk saat ini tak cukup.”

Suami : “Bukannya tak cukup, tapi belum lebih. Mengapa Abang cakap gitu? Kerana Allah pasti mencukupi. Lagi pula, kalau kamu kerja siapa yang jaga anak kita?”

Isteri : “Kan ada Ibu! Pasti ibu tak keberatan. Malah rasa sangat senang hati.”

Suami : “Isteri Abang yang Abang cintai, dari perut sampai lahir, sampai sebelum Abang boleh mengerjakan pekerjaan Abang sendiri, segalanya menggunakan tenaga Ibu. Abang belum ada pemberian yang sebanding dengan itu semua. Sedikit pun belum terbalas jasanya. Dan Abang yakin itu tak akan boleh. Setelah itu semua, apakah sekarang Abang akan meminta Ibu untuk mengurus anak Abang juga?”

Isteri :“Bukan Ibumu, tapi Ibuku, Bang?”

Suami : “Apa bezanya? Mereka berdua sama, Ibu kita. Mereka memang tidak akan keberatan. Tapi kita, kita ini akan jadi anak yang tegaan. Seolah-olah, kita ini tidak punya perasaan.”

Isteri : “Jadi, kita ni bagaimana?”

Suami : “Isteriku, takut tidak tercukupi akan rezeki adalah penghinaan kepada Allah. Jangan khuatir! Mintalah pada-Nya. Atau begini saja, Abang ada idea! Tapi Abang mau tanya dulu.”

Isteri :“Apa, Bang?”

Suami : “Apa alasan paling besar, yang membuat kamu ingin bekerja?”

Isteri : “Ya untuk memperbaiki ekonomi kita, Bang. Saya nak membantumu dalam mencari rezeki.Untuk kita, keluarga kita.”

Suami : “Kalau memang begitu, kita buat niaga kecil saja di rumah. Misalan jual kain dan pakaian? Atau, bisnis online saja. Kamu yang jalankan. Bagaimana? anak terurus, rumah terurus, Abang terlayani, wang masuk terus, InsyaAllah. Ok, kan?”

Isteri : “Suamiku sayang, saya tak pandai bisnes, lagi-lagi menjual. Saya harus keluar kalau ingin menambah pendapatan.”

Suami : “Tidak harus keluar. Tenang, masih ada penyelesaian!”

Isteri :“Apa?”

Suami : “Bukankah ada yang lima waktu? Bukankah ada Tahajud? Bukankah ada Dhuha? Bukankah ada sedekah? Bukankah ada puasa? Bukankah ada amalan-amalan lainnya? Allah itu Maha Kaya. Minta saja pada-Nya.”

Isteri :“Iya, Bang, saya tahu. Tapi itu semua harus ada ikhtiar.”

Suami : “Kita ini partner, sayang. Abanglah pelaksana ikhtiarnya. Tugas kamu cukup itu. InsyaAllah jika menurut Allah baik, menurut-Nya kita ikut, kehidupan kita pasti akan berubah.”

Isteri : “Tapi, Bang?!”

Suami : “Abang tanya lagi…, kamu ingin kita hidup kaya, apa berkah?”

Isteri :“ Saya ingin kita hidup kaya dan berkah.”

Suami : “Kalau begitu lakukan amalan-amalan tadi. InsyaAllah kaya dan berkah.”

Isteri : “Kalau tidak kaya?”

Suami : “Kan masih berkah? Dan…, tahu apa yang terjadi padamu jika tetap istiqomah dengan itu?”

Isteri : “Apa, Bang?

Suami : “Pilihlah pintu surga yang mana saja yang kamu suka. Dan kamu, menjadi sebenar-benarnya perhiasan dunia.”

***

Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seorang wanita (istri) itu telah melakukan shalat lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga harga dirinya dan mentaati perintah suaminya, maka ia diundang di akhirat supaya masuk surga berdasarkan pintunya mana yang ia suka (sesuai pilihannya),” (HR. Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani).

“Dunia adalah
perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita sholehah” [H.R. Muslim]
credit: Ustaz Azhar Idrus ( Original  )

#Copypaste

Friday, 2 June 2017

INSPIRED FATHIA ROSE

🌼Inspired Fathia🌼

Serius cantik sgt awak !!3D DESIGN
Stok mmg sgat limited .. Xde restock lagi..
Kalau rasa mmg dah berkenan cepat2 tau ..

Semua warna availble.. Ready stok . Material nippon silk, kain lembut , selesa , terletak bila dah jadi baju .

============
CIRI-CIRI KAIN
============
- Material NIPPON SILK
- Kain bidang 60' , hanya 3.5m Utk spng baju
- Boleh request mtr
- Kain lembut , flowy , berat dan jatuh
- Kain selesa dipakai , sejuk dan tidak panas

Stok limited 😍
whatsapp
011-14257063

Thursday, 1 June 2017

SELAWAT KE ATAS NABI

hari  Ramadhan penuh barakah ini ,  nak ajak semua sahabat positif  berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW , kekasih Allah 💜

🌷 Allahumma Solli wa Sallim 'ala Saiyyidina Muhammad 🌷

❤ ۞  اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
    وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞🌹

"Fadilat Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW"...

"Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathoni menukilkan dalam kitabnya yang berjudul Jam'ul Fawaid dengan memetik tulisan Syeikh Fasi dalam mensyarahkan kitab Dalailil Khoirat yg mana kitab selawat ini menjadi pegangan Raja Haji Fisabilillah yang syahid di Teluk Ketapang Melaka ketika berperang melawan Inggeris sebagaimana diceritakan dalam kitab Tuhfat an-Nafis (Hadiah Yang Berharga) moyang kepada Raja Ali Haji pengarang Gurindam Dua Belas yang terkenal itu,menyenaraikan 10 karomah selawat ke atas Nabi Muhammad sollallahuala wassalam,

1.Selawat akan dia oleh Mulk al-Jabbar
2.Mensyafa'atkan akan dia oleh Nabi al-Mukhtar
3.Mengikut akan dia Malaikat Akhyar
4.Menyalahi akan Munafiqin dan Kuffar
5.Menghapuskan kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa
6.Menolong menyampaikan hajat kecil mahupun besar
7.Bercahaya dan terang zahir dan batinnya
8.Masuk negeri 'dar al qarar'
9.Kelepasan drp huru-hara hari kiamat
10.Mendapat salam akan dia drp ar-Rabb ar-Rahim al-Ghaffar

Adapun selawat itu ada berbagai-bagai ungkapan yang indah berisi doa,pujian,sanjungan, sir dan ilmu yang bercahaya. Carilah ijazah dan sanadnya mudah-mudahan memperoleh kita akan segala rahsia drp selawat itu hendaknya.

SEDEKAH RAMADAN

Bulan Ramadhan memang bulan yang dirindui umat Islam,pesta ibadat dan semua berebut nak buat kebaikan. Salah satu amalan yang dianjurkan oleh Islam adalah bersedekah atau bahasa mudah bagi hadiah.

Antara fadilat sedekah adalah:
1)Sedekah dapat menghapus dosa
2)Sedekah dapat memberi keberkatan pada harta
3)Dijanjikan pintu syurga khas untuk pensedekah
4)Sedekah mampu memberi hati tenang dan bahagia

Assalamualaikum....senyuman tue pun sedekah...

BOLEH KE KEKAWAN SEDEKAHKAN SENYUMAN....KALAU BOLEH NAK  EMOJI SIKIT!!!!!

#GLFC
#Kaincantikmeletup
#pemborongkainsufizans

PENGALAMAN BISNESS

~ Pengalaman berniaga memang seronok..saya dah berniaga online hampir 5 tahun...dari pakai tel scrin pecah ade untung upgrade lagi mahal sikit 2g sampai sekarang dah 4g. Baru berjinak-jinak belajar masa tue.....

Daripada baju tido kanak saya berniaga,jadi dropship orang dan macam-macam saya belajar...banyak kenangan manis dan pahit...bila ada bisnes dari A sampai Z kita kena tahu buat sendiri tak boleh harapkan orang lain.

Bila kita tengok tesmoni customer kita hantar..kita jadi happy saya sampai saya ade modal sendiri beli kayu berbelas ribu jugak....

kenangan manis saya sampai rumah penuh dengan  kayu kain sampai tak ade tempat nak potong kain tue...berebut-rebut dengan encik suami untuk potong kain siapa banyak kayu potong...

Kami tekat dan usaha untuk keluarga dan diri sendiri...bahawa wanita suri rumah tangga anak  dua pun masih boleh berniaga walaupun di rumah...

Harapan saya agar semua sahabat semua tolong doakan kejayaan saya.untuk jadi jutawan online...

Saya doakan sahabat semua berjaya dalam bidang yang diceburi. Berjaya dunia & akhirat...Aaminn..semoga anda ade target untuk ke puncak lagi atas..insyallah..

#GLFC
#kainpasangcantik